Berikut adalah butiran berkenaan kempen kami
Terma dan Syarat
1.Tempoh peraduan cabutan bertuah adalah dari 1 September 2009 hingga 31 Disember 2009
2. Pendaftar mestilah rakyat Malaysia atau penduduk tetap di Malaysia dan berumur 16 tahun dan ke atas pada masa pendaftaran, untuk layak menyertai cabutan bertuah.
3. Hadiah cabutan bertuah akan diberikan kepada ahli-ahli yang telah melengkapkan pendaftaran penuh mereka untuk menyertai KAJI SELIDIK DALAM TALIAN AIP MALAYSIA melalui halaman promosi kami semasa tempoh peraduan kaji selidik. Ahli-ahli perlu memberi maklumat yang tepat dan sahih dalam pendaftaran.
4. Ahli-ahli berdattar akan secara automatik layak untuk cabutan bertuah selepas melengkapkan pendaftaran penuh dengan KAJI SELIDIK DALAM TALIAN AIP MALAYSIA. Kemasukan yang dijana dengan skrip, makro, robotik atau dengan mana-mana cara penggunaan mesin akan dibatalkan. Pendaftaran duplikasi akan turut dibatalkan.
5. Hadiah-hadiah adalah
- Nokia N85 x 1 item
- Panasonic Digital Camera FS-4 x 1 item
- iPod Shuffle 3rd generation (4GB) x 1 item
- Petronas Cash Vouchers worth RM10 x 20 items
- 1000 AIP ONLINE SURVEYS EPoints x 50 winners
6. Pemenang-pememang cabutan bertuah akan dipilih secara rawak, dan tidak pernah diberi sebarang hadiah oleh AIP semasa peraduan.
7. Pemenang-pemenang akan dihubungi oleh KAJI SELIDIK DALAM TALIAN AIP MALAYSI melalui emel dalam satu bulan selepas peraduan tamat.
8. Pemenang-pemenang akan menerima hadiah mereka dalam dua bulan selepas peraduan bagi setiap tempoh tutup.
9. KAJI SELIDIK DALAM TALIAN AIP MALAYSIA berhak untuk melakukan sebarang perubahan dalam peraturan peraduan cabutan bertuah pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu, dan berhak untuk menukar mana-mana hadiah dengan hadiah yang sama nilai tanpa notis.
10. KAJI SELIDIK DALAM TALIAN AIP MALAYSIA juga berhak untuk membatalkan mana-mana ahli/kemasukan tanpa sebarang penglibatan dalam apa-apa pertikaian berkenaan keputusan yang dibuat.
11. KAJI SELIDIK DALAM TALIAN AIP MALAYSIA berhak, mengikut budi bicara, untuk membatalkan, mengubah, atau menggantung peraduan cabutan bertuah sekiranya sebarang ralat teknikal atau mana-mana sebab yang berada di luar kawalan KAJI SELIDIK DALAM TALIAN AIP MALAYSIA menjejaskan pentadbiran, keselamatan atau operasi yang sewajarnya dalam sesuatu peraduan cabutan bertuah.
12. KAJI SELIDIK DALAM TALIAN MALAYSIA adalah tidak perlu terlibat dalam sebarang pertikaian berkenaan dengan pentadbiran peraduan cabutan bertuah, dan keputusan dalam mana-mana hal adalah muktamad.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkenaan Cabutan Bertuah ini, sila hantar melalui Sistem Pertanyaan kami.
https://ssl.aipsurveys.com/my/inquiry/index.php?lang_flg=bm